Monday, May 28, 2012

1st thing 1st, niat


Niat

      


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Bersyukur kita kerana telah dikurniakan nikmat yang sangat besar iaitu nikmat iman dan islam. Moga-moga kita diberi hidayah oleh Allah s.w.t. InsyaAllah

عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة
 " Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Sesungguhnya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan sesungguhnya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'




       Mungkin ada kita yang sudah mendengar hadis ini dan ada juga antara kita yang baru hari ini diberi peluang oleh Allah untuk membaca hadis ini. Namun sekadar mengetahui tanpa memhami tidak memberi apa-apa kesan kepada kita. Ibarat jika kita makan juadah yang lazat dengan menahan nafas. Seolah-olah juadah tersebut rasa seperti ada kekurangannya. Seolah-olah juga seperti kita kehilangan deria rasa.Sekarang kita kembali kepada agenda kita iaitu sekadar mengetahui tanpa memahami atau menghayati seolah-olah tidak lengkap sesuatu perkara tersebut, lebih-lebih lagi ILMU.
      Niat? sesetengah individu memandah enteng mengenai niat. Apakah sebab yang menyebabkan individu tersebut beranggapan seperti itu? Rasulullah telah mengajar kita mengenai niat. Namun kita tidak pernah mengambil peduli mengenai makna disebalik hadis ini. Hadis ini turun kerana seorang lelaki yang mengikut Rasullulah berhijrah dari Makkah ke Madinah kerana ingin mengahwini seorang perempuan bernama Ummu Qais. Dia berhijrah tidak untuk mendapatkan pahala hijrah. 

Sunday, March 11, 2012

MERINDUKAN ALLAH S.W.T.

Cinta adalah perpautan jiwa seseorang terhadap sesuatu yang dipandang dapat melazatkan dan membahagiakan. Jika perpautan tersebut lebih kuat lagi, maka dinamakan 'rindu'. Sehinggakan relalah seseorang jadi hamba kepada kekasihnya. Mahu mengorbankan segalanya demi kekasihnya.

Ingatkah anda akan kehebatan cinta Zulaikha kepada Yusuf A.S. sehinggakan ke puncak kerinduan? Dia rela mengorbankan segala harta dan kecantikannya. Dia memiliki emas permata kalung. Namun semua itu dikorbankan demi cintanya kepada Yusuf A.S. Setiaporang yang berkata, "hari ini aku melihat Yusuf" maka dia memberikan sebuah kalung. Demikianlah sehingga kalungnya habis. Segalanya diberikan diatas nama 'YUSUF'. Dia lupa segalanya selain Yusuf kerana kerinduannya yang mendalam. Jika dia menghadap ke langit, seoolah-olah nama 'Yusuf' itu termaktub pada bintang-bintang.

Diceritakan apabila Zulaikha sudah beriman dan telah menjadi isteri Yusuf, dia suka berjauhan dengan Yusuf. Dia lebih menyepi untuk beribadah dan memutuskan dirinya untuk beribadah. Ketika Yusuf memanggilnya ke bilik di siang hari, maka dia menolaknya sehingga menjelang malam. Namun ketika Yusuf memanggilnya pada waktu malam, dia menundanya sehingga waktu siang. Dan dia berkata, "Wahai Yusuf, aku mecintaimu sebelum mengenali Dia. Maka kini setelah aku Mengenal-Nya, maka tidak ada lagi cinta selain untuk-Nya. Dan aku tidak perlukan penggantiNya.

Diceritakan pada suatu ketika Nabi Isa berjalan-jalan. beliau terjumpa dengan pemuda yang sedang menyirami tanamannya. Lalu pemuda itu berkata, "Wahai Isa, mintakan aku kepada tuhanmu agar memberikan aku Mahabbahh(cinta) kepada-Nya, meskipun sebesar biji sawi saja." Kemudian Nabi Isa berkata, "Engkau tidak akan kuat menerimanya sebanyak itu". Pemuda itu mendesak dan berkata, "Kalau begitu separuh saja", lalu Nabi Isa berdoa. "Ya Tuhanku, berikanlah dia separuh biji sawi Mahabbah-Mu kepadanya". lalu nabi Isa segera berlalu. Dipendekkan cerita, apabila Nabi Isa bertemu semula dengan pemuda tersebut, pemuda itu dikatakan gila oleh orang kampung. Nabi Isa memanggilnya namun tidak didengari. "Akulah Isa" namun tiada reaksi yang diberikan oleh pemuda itu. Maka Allah mewahyukan kepada Nabi Isa," Bagaimana dia dapat mendengar ucapan manusia, jika dalam hatinya ada separuh biji sawi dari Mahabbah-Ku. Demi Kemuliaan dan Keagungan-Ku. Kalau engkau kerat dia dengan gergaji nescaya tidak akan merasa sakitnya.

Wednesday, February 29, 2012

Mahabah(cinta) kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Tersebut dalam kisah bahawa seorang lelaki melihat sejenis makhluk yang amat mengerikan. Lalu dia bertanya, "Siapakah engkau?"Makhluk itu menjawab, "akulah amalmu yang buruk." Lelaki itu bertanya, "apakah caranya agar aku dapat selamat dari engkau?" Makhluk itu menjawab, "dengan membaca selawat kepada Nabi S.A.W."
Rasulullah pernah besabda:
"Selawat kepadaku adalah NUR atas titian. Barangsiapa membaca selawat kepadaku pada hari jumaat sebanyak lapan puluh kali, maka Allah akan mengampuni dosanyasetahun."

Diceritakan bahawa seorang lelaki tidak pernah membaca selawat kepada Nabi S.A.W. Pada suatu malam, lelaki ini bermimpi berjumpa dengan Rasulullah. Baginda tidak menolehnya. Kemudian lelaki itu bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah engkau marah padaku?" Rasulullah menjawab, "tidak" lelaki itu bertanya lagi, "Mengapa engkau tidak memandangku?"Kata Rasulullah "Kerana aku tidak mengenalimu." Lalu lelaki itu berkata, "Bagaimana engkau tidak mengenaliku, aku adalah lelaki umatmu. Padahal para ulama telah mengatakan bahawa engkau lebih mengenali umatmu lebih dari ibu bapamu." "mereka benar" Jawab Rasulullah. " Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mahu mengingatku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal pada umatku bergantung pada bacaan selawat mereka kepadaku." Kemudian lelaki itu terbangun. Lalu dia mewajibkan dirinya berselawat keatas nabi seratus kali sehari. Setelah dia melakukan demikian, maka beberapa harikemudian dia bermimpi bertemu dengan Rasulullah dan Rasulullah berkata, "Sekarang aku telah kenal kamu dan aku mensyafaati kamu." Iaitu kerana dia cinta kepada Rasulullah.

Begitulah kisah seorang yang mencintai Rasulullah dengan ikhlas, sesiapa yang mencintai Rasulullah boleh dikonspkan seperti seorang kekasih dengan pasangannya.
Adakah seorang kekasih akan mengingkari apa yang tidak disukai oleh pasangannya?
Sama seperti cinta kepada Allah dan Rasulullah. Jika kata cinta, akan setia kepadanya, apa yang terlarang ditinggalkan, apa yang di suruh dilakukan dengan segera.
Jangan hanya berkata mulut tetapi tidak menzahirkan apa yang di suruh olehNya.
Kata takut neraka, tetapi perbuatan menzahirkan sebagai penduduk neraka.
Kata inginkan nikmat syurga, tetapi tidak berusaha untuk memasuki syurga.
Kata Islam, tetapi perbuatannya tidak menzahirkan seorang Islam.
Kata cinta Rasulullah, tetapi berapa banyakkah kita berselawat dan berpegang kepada sunnahnya.
Kata cinta Allah, tetapi mengeluh jika ditimpa bala dan ujian olehNya.

Semoga kita dapat menginsafi diri bersama-sama.  :)

Thursday, February 23, 2012

SABAR DAN SAKIT

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda, Allah telah berkata,"Barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia memohon perlindungan daripadaKu, pastinya Aku memberi sebelum dia meminta. Dan barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia meminta pertolongan dari makhluk, pasti Ku tutup pintu langit baginya."

Sakit adalah salah satu ujian Allah. Disebalik sakit tersembunyi satu nikmat yang Allah ingin berikan. Tidakkah Allah membuat dan melakukan sesuatu itu ada sebab musababnya?

tersebut satu kisah, Ada seorang lelaki fasik daripada Bani Israil. Orang kampung tidak dapat membendung kefasikannya. Mereka mengadu kepada Allah. Lalu Allah memberi wahyu kepada Nabi Musa A.S. bahawa diantara Bani Israil itu ada seorang pemuda yang fasik. Kemudian Musa mengusirnya.Sehiingga mereka tidak terjilat api(neraka) oleh kefasikannya. maka pergilahpemuda itu ke suatu kampung. Kemudian Allah S.W.T. memerintahkan lagi agar Nabi Musa a.s. mengusirnya. Maka dia usir pemuda itu. Sehingga pemuda itu pergi ke suatu tempat yang tidak terdapat manusia, tanaman, binatang liar atau burung. Di situlah dia sakit dan tidak ada pula yang menolongnya. Dia jatuh ke tanah. Dia meletakkan kepalanya sambil berkata, " Kalaulah kepalaku ini dipangku oleh ibuku, tentulah dia mengasihiku. Tentulah dia meratapiku. Kalaulah ayahku di sini, pastilah dia akan menolong dan merawatku. Kalau sekiranya isterinya ada di sini. tentu akan menangisi kematianku. Jika anak-anakku ada, tentulah akan tersedu-sedu mengiringkan jenazahku. lalu mereka berdoa: Ya tuhan, ampunilah ayahku ini. yang lemah, fasik, derhaka, yang terusir dari kota ke kampung dan dari  kampung ke tanah gersang. yang keluar dari dunia ke akhirat tanpa harapan suatu apa pun." Ya Allah Engkau telah memisahkan aku dari orang tuaku, anakku dan isteriku. Namun janganlah Engkau pisahkan aku daripada rahmat-Mu.Sesungguhnya Engkau telah membakar hatiku sebab berpisah dengan mereka. Namun janganlah Engkau bakar hati ini dengan neraka-Mu kerana kemaksiatanku."
Kemudian Allah mengutus bidadari menjelma menyerupai ibunya dan isterinya. Begitu ghilman(anak-anak syurga) menjelma menjadi anak-anaknya. Serta mengutus malaikat menjadi ayahnya. Mereka duduk disisinya dan meratapinya. Lalu lelaki itu berkata, 'Sesungguhnya ini ibu bapaku,isteriku, dan anak-anakku telah hadir disisiMu'. Maka legalah hatinya semasa pulang ke Rahmatullah. Kemmudian Allah memberi wahyu kepada Nabi Musa. " Pergilah ke suatu padang di sebuah tempat di sana. Di situ telah mati seorang wali. maka hadir dan uruslah dia!" Ketika Musa datang ke tempat itu, dia melihat pemuda yang dia usir dari kotanya dan kampung dengan perintah Allah. Juga baginda melihat para bidadari mengerumuninya. Lalu baginda berkata, "Bukankah ini pemuda yang aku usir dari kotanya dan kampung dengan perintah Allah." Allah berkata," Wahai Musa, sesungguhnya Aku telah merahmatinya dan mengampuninya. Sebab dia meratap di tempatnya. Dia tinggalkan kampung halamannya, kedua orang tuanya, bahkan anak dan isterinya.     Makaaku utus bidadari sebagai ibu dan isterinya, malaikat sebagai ayahnya. Mereka mengasihi kepedihan dan pengasingannya. Sesungguhnya jika orang meninggal maka ahli bumi dan langit akan menangis  mengasisinya. Lalu bagaimana Aku tidak mengasihinya sedangkan aku Maha Pengasih?"


Allah telah berfirman dalam hadis qudsi:
"Barangsiapa tidak rela dengan keputusanKu dan tidak syukur pula dengan pemberianKu, hendaklah dia cari tuhan selain Aku!"

Syukran Ya Alaik....

Wednesday, February 22, 2012

MENGAPA SUSAH BANGKIT SUBUH

Allahuakbar, Allahuakbar.......azan berkumandang di pagi hari, namun siapa mendengarnya? Siapa yang sedar agar kewajipan harus dilaksanakan? Mengapa ada dikalangan umat Islam yang tidak bangkit untuk solat SUBUH sedangkan ia adalah satu kewajipan? 

Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini :
1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
2. Ambil wuduk sebelum tidur.
3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.'
6. Maafkan semua orang sebelum tidur.
7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!

Umat Islam pada hari ini kurang semangat jihadnya, Allah telah mencampakkan sifat WAHN iaitu sifat cintakan dunia lebih daripada akhirat. Wahn ini adalah satu penyakit yang melanda umat Islam. Perasaan jihad fisabilillah iaitu jihad dijalan Allah telah terhapus dalam hati umat Islam. Bagaimanakah umat Islam ingin berperang menentang musuh sedangkan selimut di pagi hari yang disamakan dengan kulit khinzir juga tidak boleh diketepikan. Ingatlah, Islam akan bangkit pada suatu hari nanti apabila SUBUH mereka penuh seperti solat Jumaat. 
Katakanlah: "jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNYA dan dari berjihad di jalan NYA, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan NYA"
                                                                                                         Surah at-Taubah ayat 24

MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ALLAH

Assalamualaikum w.b.t. Semoga kita berada di bawah rahmatNya.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud
 "Ketika seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaun jatuh dari pohonnya".

Ada satu kisah menceritakan seorang lelaki yang jatuh cinta kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya. sampai di suatu kampung yang sunyi ketika penduduk kampung sedang tidur. Keadaan ini telah memberikan lelaki ini peluang untuk menyampaikan maksud hatinya kepada wanita tersebut. Maka wanita itu pun menyahut: "Lihatlah apakah semua orang sedang tidur?". Lelaki itu menganggap maksud hatinya ingin dikabulkan. Dia mengelilingi kawasan itu dan melihat-lihat sejenak. Setelah jelas kelihatan semua penduduk kampung sedang tidur, segera lelaki itu mendekati wanita tersebut lalu berkata: "Benar semua orang sedang tidur". wanita itu pun menjawab,"Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah? Apakah saat ini Dia sedang tidur? sesungguhnya zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur. Oleh itu, Dia lebih berhak diTakuti". Dengan segera lelaki itu meninggalkan wanita tersebut dan pergi ke rumahnya serta bertaubat. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun. :)


Ada sebuah hikayat pula,
Seorang lelaki Abid yang harus menanggung keluarga yang ramai. dia ditimpa kecelakaan dan menyuruh isterinya untuk mencari rezeki. Perempuan ini pergilah ke rumah seorang kaya dan meminta sedikit makanan untuk keluarganya. Orang kaya itu berkata,"baiklah, Aku boleh memberikannya tapi serahkan dirimu untukku. Perempuan ini, terus balik ke rumahnya. Sampai saja dirumah, terdengar suara anak-anaknya yang merengek-rengek kelaparan. Anaknya berkat,"Ibu, kami akan mati jika tidak mendapat makanan, kami tersangat lapar". Hati perempuan itu tidak dapat menahan lalu pergi berjumpa dengan orang kaya itu semula. Dia telah menceritakan perihal keluarganya kepada orang kaya itu. Orang kaya itu pun berkata, "Adakah kau setuju terima kehendakku?". Dia mengangguk. Semasa perempuan itu berada di dalam bilik yang sunyi, badannya terus menngeletar. Orang kaya itu pun bertanya, "Mengapa kau jadi seperti itu?". Perempuan itu menjawab,"Sebenarnya aku takut kepada Allah". Maka setelah dengar perempuan itu berkata sedemikian, orang kaya itu pun menghentikan keinginannya dan orang kaya itu merasa lebih takut daripada apa yang perempuan itu rasakan. Perempuan itu di suruh pulang ke rumah dengan membawa nikmat yang melimpah kepada keluarganya. (tersebut dalam kitab Majma'ul Lathaif)
Inilah balasan kepada hamba Allah yang takut kepadaNya. Allah menguji seseorang itu kerana Allah ingin memberinya nikmat selepas dia berjaya dalam menjalani ujian Allah. Sama seperti kita di dunia ini, mungkin kita telah banyak di uji oleh Allah, maka tunggulah hadiah dari Allah. Jika tidak dapat di dunia, akhirat lebih berharga daripada di dunia. :)

Rasulullah pernah bersabda:
 " Api(neraka) tidak akan menjilat orang yang pernah menangis kerana takutkan Allah S.W.T. sehingga air susu kembali ke buah dada"

Tersebut satu kisah:
Pada hari kiamat, seorang hamba telah dipanggil. Oleh kerana amalannya buruk, maka diperintahkannnya masuk ke neraka. Kemudian sehelai rambut pipinya berkata, " Ya Tuhanku, utusan-Mu muhammad telah bersabda, 'Barangsiapa menangis kerana takutkan kepada Allah, maka Allah, maka Allah mengharamkan mata itu ke dalam neraka.' sesungguhnya aku telah menangis kerana takutkan Allah." Lalu Allah mengampuni   dan menyelamatkannya daripada api neraka berkat sehelai rambut.
Rasulullah seringkali berdoa yang bermaksud "Ya Allah, berikanlah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis."



Apa yang saya kongsikan adalah untuk kita amal makruf nahi mungkar sesama kita. Bukanlah menunjukkan siapa yang hebat atau tidak. INGAT!!!! Yang membezakan manusia bukanlah rupa paras, darjat, harta dan kejayaan dunia. Tetapi Yang membezakan kita adalah takwa kepada Allah S.W.T. .     :)

Monday, February 20, 2012

TAKUT KEPADA ALLAH

           Assalamualaikum. Semoga jasad dan roh kita di cucuri rahmatNya. Sesungguhnya Allah telah berfirman dalam surah al-Maidah : 44 "Maka janganlah engkau takut kepada manusia dan takutlah kepada-Ku".
Hari ini saya ingin kongsikan sesuatu berkaitan 'Takut kepada Allah'.

          Tersebut dalam sebuah hadis, Dari Rasulullah S.A.W., baginda bersabda,
'Sesungguhnya Allah menciptakan Malaikat. Sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur. Yang sebelah lagi mencapai bumi bahagian barat. Kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di dasar bumi ke tujuh. Ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umatku membaca selawat kepadaku, maka Allah memerintahkan Malaikat tersebut menyelam ke dalam lautan dari Nur di bawah Arasy, Malaikat yang menyelam itu kemudian keluar dan mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitis setitis nur. Daripada setiap titisan itu Allah menjadikan Malaikat yang memohonkan keampunan bagi orang tersebut sampai hari kiamat'

          Betapa hebatnya jika kita dapat bersalawat keatas nabi dengan rasa dan niat yang sangat ikhlas merinduinya, sudah semestinya Allah akan memberikan kebaikan, RasulNya akan memberikan syafaat kepada kita, InsyaAllah.

         Dalam surah al-Hasyr : 18 yang bermaksud :
'Waahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah! Dan hendaklah(tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang di usahakan untuk besok hari(hari kiamat). takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa- apa yang kamu kerjakan.'

        Keselamatan jasad terletak pada sedikitnya makan. Keselamatan Roh terletak pada sedikitnya dosa yang dilakukan. Keselamatan agama terletak pada membaca salawat kepada 'Khairil Anam'(Muhammad S.A.W.)

        Seseorang hamba Allah yang takut kepadaNya dapat dilihat 7 perkara padanya:

  • Pada lisannya. Dia menghindarkan daripadanya dusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual kosong, dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan berzikir, bermunajat kepada Allah, Berfikir tentang kejadian alam, berbincang perkara yang berfaedah dan bermuzakarah ilmu.
  • Pada hatinya, dia membuang rasa permusuhan dalam diri, sentiasa ingin berdamai, tidak dengki mendengki serta sentiasa bersangka baik terhadap sahabatnya. Lantaran itu, sifat dengki akan menghapuskan kebaikan. Hasad itu dapat memakan kebaikan yang dilakukan sebagaimana api membakar kayu.
  • Pada pandangannya. Dia tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian yang tidak halal bagi seorang muslim dan tidak pula terpikat dengan dunia yang penuh dengan tipu daya ini. tetepi dia memandang sesuatu itu dengan mengambil iktibar dan berfikir untuk memantapkan diri menjadi hamba Allah yang mulai disisiNya.
  • Pada perutnya. Sabda Nabi S.A.W. 'Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada dalam perutnya.Jika dia mati dalam keadaan sedemikian, maka tempatnya di neraka.
  • Pada kedua tangannya. Dia tidak mengunakannya untuk perkara yang haram. Tetapi, hanya menggunakannya untuk taat kepada Allah.
  • Pada langkah kakinya. Dia tidak berjalan untuk maksiat tetapi berjalan kerana Allah dengan niat ke arah dan tujuan yang baik. Dia sentiasa ke tempat-tempat ulama, para ustaz, dan usrah-usrah yang membawa kepada makanan rohani yang molek. 
  • Pada ketaatannya. Dia sentiasa mencari Redha Allah, taat kepada Allah, Berserah kepada Allah, walaupun ditempatkan di neraka, dia sentiasa redha dengan apa yang Allah tetapkan. Akhirnya, ke Syurga la Allah tempatkannya.

Akhirulkalam, semoga kita sentiasa di beri peluang untuk bertaubat olehNya.   :)