Wednesday, February 29, 2012

Mahabah(cinta) kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Tersebut dalam kisah bahawa seorang lelaki melihat sejenis makhluk yang amat mengerikan. Lalu dia bertanya, "Siapakah engkau?"Makhluk itu menjawab, "akulah amalmu yang buruk." Lelaki itu bertanya, "apakah caranya agar aku dapat selamat dari engkau?" Makhluk itu menjawab, "dengan membaca selawat kepada Nabi S.A.W."
Rasulullah pernah besabda:
"Selawat kepadaku adalah NUR atas titian. Barangsiapa membaca selawat kepadaku pada hari jumaat sebanyak lapan puluh kali, maka Allah akan mengampuni dosanyasetahun."

Diceritakan bahawa seorang lelaki tidak pernah membaca selawat kepada Nabi S.A.W. Pada suatu malam, lelaki ini bermimpi berjumpa dengan Rasulullah. Baginda tidak menolehnya. Kemudian lelaki itu bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah engkau marah padaku?" Rasulullah menjawab, "tidak" lelaki itu bertanya lagi, "Mengapa engkau tidak memandangku?"Kata Rasulullah "Kerana aku tidak mengenalimu." Lalu lelaki itu berkata, "Bagaimana engkau tidak mengenaliku, aku adalah lelaki umatmu. Padahal para ulama telah mengatakan bahawa engkau lebih mengenali umatmu lebih dari ibu bapamu." "mereka benar" Jawab Rasulullah. " Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mahu mengingatku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal pada umatku bergantung pada bacaan selawat mereka kepadaku." Kemudian lelaki itu terbangun. Lalu dia mewajibkan dirinya berselawat keatas nabi seratus kali sehari. Setelah dia melakukan demikian, maka beberapa harikemudian dia bermimpi bertemu dengan Rasulullah dan Rasulullah berkata, "Sekarang aku telah kenal kamu dan aku mensyafaati kamu." Iaitu kerana dia cinta kepada Rasulullah.

Begitulah kisah seorang yang mencintai Rasulullah dengan ikhlas, sesiapa yang mencintai Rasulullah boleh dikonspkan seperti seorang kekasih dengan pasangannya.
Adakah seorang kekasih akan mengingkari apa yang tidak disukai oleh pasangannya?
Sama seperti cinta kepada Allah dan Rasulullah. Jika kata cinta, akan setia kepadanya, apa yang terlarang ditinggalkan, apa yang di suruh dilakukan dengan segera.
Jangan hanya berkata mulut tetapi tidak menzahirkan apa yang di suruh olehNya.
Kata takut neraka, tetapi perbuatan menzahirkan sebagai penduduk neraka.
Kata inginkan nikmat syurga, tetapi tidak berusaha untuk memasuki syurga.
Kata Islam, tetapi perbuatannya tidak menzahirkan seorang Islam.
Kata cinta Rasulullah, tetapi berapa banyakkah kita berselawat dan berpegang kepada sunnahnya.
Kata cinta Allah, tetapi mengeluh jika ditimpa bala dan ujian olehNya.

Semoga kita dapat menginsafi diri bersama-sama.  :)

No comments:

Post a Comment