Monday, February 20, 2012

TAKUT KEPADA ALLAH

           Assalamualaikum. Semoga jasad dan roh kita di cucuri rahmatNya. Sesungguhnya Allah telah berfirman dalam surah al-Maidah : 44 "Maka janganlah engkau takut kepada manusia dan takutlah kepada-Ku".
Hari ini saya ingin kongsikan sesuatu berkaitan 'Takut kepada Allah'.

          Tersebut dalam sebuah hadis, Dari Rasulullah S.A.W., baginda bersabda,
'Sesungguhnya Allah menciptakan Malaikat. Sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur. Yang sebelah lagi mencapai bumi bahagian barat. Kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di dasar bumi ke tujuh. Ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umatku membaca selawat kepadaku, maka Allah memerintahkan Malaikat tersebut menyelam ke dalam lautan dari Nur di bawah Arasy, Malaikat yang menyelam itu kemudian keluar dan mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitis setitis nur. Daripada setiap titisan itu Allah menjadikan Malaikat yang memohonkan keampunan bagi orang tersebut sampai hari kiamat'

          Betapa hebatnya jika kita dapat bersalawat keatas nabi dengan rasa dan niat yang sangat ikhlas merinduinya, sudah semestinya Allah akan memberikan kebaikan, RasulNya akan memberikan syafaat kepada kita, InsyaAllah.

         Dalam surah al-Hasyr : 18 yang bermaksud :
'Waahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah! Dan hendaklah(tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang di usahakan untuk besok hari(hari kiamat). takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa- apa yang kamu kerjakan.'

        Keselamatan jasad terletak pada sedikitnya makan. Keselamatan Roh terletak pada sedikitnya dosa yang dilakukan. Keselamatan agama terletak pada membaca salawat kepada 'Khairil Anam'(Muhammad S.A.W.)

        Seseorang hamba Allah yang takut kepadaNya dapat dilihat 7 perkara padanya:

  • Pada lisannya. Dia menghindarkan daripadanya dusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual kosong, dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan berzikir, bermunajat kepada Allah, Berfikir tentang kejadian alam, berbincang perkara yang berfaedah dan bermuzakarah ilmu.
  • Pada hatinya, dia membuang rasa permusuhan dalam diri, sentiasa ingin berdamai, tidak dengki mendengki serta sentiasa bersangka baik terhadap sahabatnya. Lantaran itu, sifat dengki akan menghapuskan kebaikan. Hasad itu dapat memakan kebaikan yang dilakukan sebagaimana api membakar kayu.
  • Pada pandangannya. Dia tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian yang tidak halal bagi seorang muslim dan tidak pula terpikat dengan dunia yang penuh dengan tipu daya ini. tetepi dia memandang sesuatu itu dengan mengambil iktibar dan berfikir untuk memantapkan diri menjadi hamba Allah yang mulai disisiNya.
  • Pada perutnya. Sabda Nabi S.A.W. 'Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada dalam perutnya.Jika dia mati dalam keadaan sedemikian, maka tempatnya di neraka.
  • Pada kedua tangannya. Dia tidak mengunakannya untuk perkara yang haram. Tetapi, hanya menggunakannya untuk taat kepada Allah.
  • Pada langkah kakinya. Dia tidak berjalan untuk maksiat tetapi berjalan kerana Allah dengan niat ke arah dan tujuan yang baik. Dia sentiasa ke tempat-tempat ulama, para ustaz, dan usrah-usrah yang membawa kepada makanan rohani yang molek. 
  • Pada ketaatannya. Dia sentiasa mencari Redha Allah, taat kepada Allah, Berserah kepada Allah, walaupun ditempatkan di neraka, dia sentiasa redha dengan apa yang Allah tetapkan. Akhirnya, ke Syurga la Allah tempatkannya.

Akhirulkalam, semoga kita sentiasa di beri peluang untuk bertaubat olehNya.   :)

No comments:

Post a Comment