Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini :
1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
2. Ambil wuduk sebelum tidur.
3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.'
6. Maafkan semua orang sebelum tidur.
7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!
Umat Islam pada hari ini kurang semangat jihadnya, Allah telah mencampakkan sifat WAHN iaitu sifat cintakan dunia lebih daripada akhirat. Wahn ini adalah satu penyakit yang melanda umat Islam. Perasaan jihad fisabilillah iaitu jihad dijalan Allah telah terhapus dalam hati umat Islam. Bagaimanakah umat Islam ingin berperang menentang musuh sedangkan selimut di pagi hari yang disamakan dengan kulit khinzir juga tidak boleh diketepikan. Ingatlah, Islam akan bangkit pada suatu hari nanti apabila SUBUH mereka penuh seperti solat Jumaat.
Katakanlah: "jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNYA dan dari berjihad di jalan NYA, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan NYA"
Surah at-Taubah ayat 24
ok laa...kena lawan nafsu dan bisikan syaitan time nak bangun pagi tue...
ReplyDeleteYup, exactly kene lawan, and nk lawan tu mesti ada semangat..hehe :)
Delete