Assalamualaikum w.b.t. Semoga kita berada di bawah rahmatNya.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud
"Ketika seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaun jatuh dari pohonnya".
Ada satu kisah menceritakan seorang lelaki yang jatuh cinta kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya. sampai di suatu kampung yang sunyi ketika penduduk kampung sedang tidur. Keadaan ini telah memberikan lelaki ini peluang untuk menyampaikan maksud hatinya kepada wanita tersebut. Maka wanita itu pun menyahut: "Lihatlah apakah semua orang sedang tidur?". Lelaki itu menganggap maksud hatinya ingin dikabulkan. Dia mengelilingi kawasan itu dan melihat-lihat sejenak. Setelah jelas kelihatan semua penduduk kampung sedang tidur, segera lelaki itu mendekati wanita tersebut lalu berkata: "Benar semua orang sedang tidur". wanita itu pun menjawab,"Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah? Apakah saat ini Dia sedang tidur? sesungguhnya zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur. Oleh itu, Dia lebih berhak diTakuti". Dengan segera lelaki itu meninggalkan wanita tersebut dan pergi ke rumahnya serta bertaubat. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun. :)
Ada sebuah hikayat pula,
Seorang lelaki Abid yang harus menanggung keluarga yang ramai. dia ditimpa kecelakaan dan menyuruh isterinya untuk mencari rezeki. Perempuan ini pergilah ke rumah seorang kaya dan meminta sedikit makanan untuk keluarganya. Orang kaya itu berkata,"baiklah, Aku boleh memberikannya tapi serahkan dirimu untukku. Perempuan ini, terus balik ke rumahnya. Sampai saja dirumah, terdengar suara anak-anaknya yang merengek-rengek kelaparan. Anaknya berkat,"Ibu, kami akan mati jika tidak mendapat makanan, kami tersangat lapar". Hati perempuan itu tidak dapat menahan lalu pergi berjumpa dengan orang kaya itu semula. Dia telah menceritakan perihal keluarganya kepada orang kaya itu. Orang kaya itu pun berkata, "Adakah kau setuju terima kehendakku?". Dia mengangguk. Semasa perempuan itu berada di dalam bilik yang sunyi, badannya terus menngeletar. Orang kaya itu pun bertanya, "Mengapa kau jadi seperti itu?". Perempuan itu menjawab,"Sebenarnya aku takut kepada Allah". Maka setelah dengar perempuan itu berkata sedemikian, orang kaya itu pun menghentikan keinginannya dan orang kaya itu merasa lebih takut daripada apa yang perempuan itu rasakan. Perempuan itu di suruh pulang ke rumah dengan membawa nikmat yang melimpah kepada keluarganya. (tersebut dalam kitab Majma'ul Lathaif)
Inilah balasan kepada hamba Allah yang takut kepadaNya. Allah menguji seseorang itu kerana Allah ingin memberinya nikmat selepas dia berjaya dalam menjalani ujian Allah. Sama seperti kita di dunia ini, mungkin kita telah banyak di uji oleh Allah, maka tunggulah hadiah dari Allah. Jika tidak dapat di dunia, akhirat lebih berharga daripada di dunia. :)
Rasulullah pernah bersabda:
" Api(neraka) tidak akan menjilat orang yang pernah menangis kerana takutkan Allah S.W.T. sehingga air susu kembali ke buah dada"
Tersebut satu kisah:
Pada hari kiamat, seorang hamba telah dipanggil. Oleh kerana amalannya buruk, maka diperintahkannnya masuk ke neraka. Kemudian sehelai rambut pipinya berkata, " Ya Tuhanku, utusan-Mu muhammad telah bersabda, 'Barangsiapa menangis kerana takutkan kepada Allah, maka Allah, maka Allah mengharamkan mata itu ke dalam neraka.' sesungguhnya aku telah menangis kerana takutkan Allah." Lalu Allah mengampuni dan menyelamatkannya daripada api neraka berkat sehelai rambut.
Rasulullah seringkali berdoa yang bermaksud "Ya Allah, berikanlah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis."
Apa yang saya kongsikan adalah untuk kita amal makruf nahi mungkar sesama kita. Bukanlah menunjukkan siapa yang hebat atau tidak. INGAT!!!! Yang membezakan manusia bukanlah rupa paras, darjat, harta dan kejayaan dunia. Tetapi Yang membezakan kita adalah takwa kepada Allah S.W.T. . :)
No comments:
Post a Comment